superhero boleh dibahagikan ke dalam dua kumpulan: kaya dan tak kaya. besiman kaya.
lagi dua kumpulan: ada kuasa luar biasa (labah2man) dan tak ada kuasa luar biasa (kelawarman): besiman kaya.
otak pun boleh tahan. orang suruh dia buat missile, dia pulak pegi buat pakaian besi. kenapa tak terus buat robot, atau mech (cth: mech warrior, gundam, ) ataupun tank? suka hati diala. asalkan boleh bunuh semua orang tanpa mati sendiri dah kira great success.
kalau nak banding dengan semua filem superhero yang lain, boleh kata besiman ni better than most. tapi jangan sampai melampau. ada orang kata ia sama hebat dengan labah2 man dan kelawar man. itu kira karut. pembangunan perwatakan dalam besiman tak sehebat labah2man dan kelawarman. yang dua-dua tu ada unsur perkawanan, unsur cinta, dan sebagainya. yang besiman cuma dia suka buat flirting dengan PA dia.
berbaloi tak bayar RM10 untuk besiman? baloi. adegan aksi cukup hangat, terutama adegan besiman main terbang-terbang dengan YF-22 Raptor. kat akhir filem juga boleh tengok satu lagi besiman yang lagi besar. syok kasi penonton. besi lawan besi.
Saturday, May 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Kesian besiman tak ada begitu banyak aksi. Dua besiman, di mana ada satu yang lebih besar dan berat daripada yang asal, perlu beat crap antara satu sama lain. Itulah potensi yang tidak dieksploitasi. Tapi saya nak tengok apakah role besiman dalam Bagur. Berharap besiman dan Bagur akan beat crap antara satu sama lain lagi.
Bagur tu apa?
Berdasarkan "Oxford Fajar Advanced Learner's English Malay Dictionary", Bagur ialah Hulk.
KBB(ketawa bahak-bahak). mungkin diorang ada cinta antara satu sama lain.
Aku belum tengok Besiman, tapi pawagam kat sini banyak mahal, kena simpan duit untuk Satria Gelap, kau kata Besiman tak sehebat Labah2man,...Labah2man pun aku tak suka- setiap episod dia bertarung dengan seorang penjahat...lagi baik aku tengok Lanun-lanun Caribbean
eh lanun2 caribbean dah habis la...mana ada lagi
Post a Comment